Personal Class-Resume
2 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 Februari 2019, Staff PI Kota Pekan telah membantu seorang pelajar lepasan SPM untuk menghasilkan resume bagi tujuan permohonan kerja . Pelajar tersebut sudah mempunyai asas menggunakan komputer namun beliau kurang mahir untuk menghasilkan resume yang lengkap . Staff PI Kota Pekan telah memberi tunjuk ajar serta beberapa tips untuk menghasilkan resume yang boleh menarik perhatian majikan.
Kelas pada kali ini berlansung secara “personal” untuk memastikan peserta dapat fokus tentang pengisian kelas tersebut . Selain itu, ia turut memudahkan Staff PI untuk memberi tunjuk ajar yang jelas kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: